LELAKI MAHU yang cun sahaja???

Views
Secara realitinya lelaki sememangnya memandang paras rupa??betul ke??
Ini adalah lumrah bagi seseorang lelaki sejak dahulu kala..Begitu juga dengan perempuan..
Semua sama sahaja..Mahu menentukan pasangan sama ada RUPA atau DUIT POKET..
issshhhhhhh....ade ke manusia jenis gitu???

ada apa dengan cun????
Cun bukanlah faktor utama untuk mengekalkan perhubungan..
kita selalu lihat gadis-gadis cun dan HOT diluar sana seringkali ditinggalkan kekasih..
AGAK2 KORANG NAPE???
Mungkin sebab petik jari 10 datang..Lelaki kadang sanggup berhabis duit demi kecantikan mereka..Bagi kita tak kemana kecantikan tu..Cun pon lama-lama berkedut juga.
Carilah seorang gadis yang biasa yang sedap mata memandang untuk dijadikan bakal isteri..
Itu pun sudah cukup.Majoriti lelaki mahukan wanita yang cukup memahami mereka.Yang menerima mereka seadanya,disaat susah dan senang serta di kala gembira dan berduka.Wanita pilihan mereka semestinya yang simple dan match.Apa pun yang penting meghormati orang tua.Kita janganlah bersikap kurang ajar,tak manis dipandang orang sekeliling.Lama kelamaan mereka boleh tinggalkan kita disebabkan sikap kita..Ingat tu!!

Korang kena yakinkan diri sendiri..Jangan pandang luaran sahaja.Dalaman kena tau juga especially keikhlasan,kejujuran dan kasih sayang.Kecantikan dalaman itu lebih penting kerana ia pasti akan kekal abadi.Bagi kaum adam,jangan terus menilai luaran sahaja.. Tepuk dada tanyalah selera.Sekian....

No comments: