Alahai… kecoh betul kisah tentang ‘mak cik keropok’ (atau lebih  fofular dengan namanya Nenek Keropok!) yang tersebar sejak beberapa hari  kebelakangan ini.
 Nenek dengar-dengar juga, tetapi tidak ambil pusing sebab dari zaman  Nenek kecil lagi, dah macam-macam cerita sedemikian pernah Nenek dengar.
 Semua cerita itu membuat Nenek dan ramai lagi kanak-kanak ketika itu takut hendak ke sekolah atau keluar rumah tanpa orang tua.
 Ada cerita tentang mak cik siput (mak cik yang beri siput sedut sebagai tukaran dengan pakaian) dan akan tangkap budak-budak.
 Selepas itu, apabila mahu ke sekolah, kakak dan ibu Nenek pula pesan,  kalau ada orang ajak cakap-cakap atau ajak ke mana-mana, jangan layan  sebab mereka itu mungkin tukang penggal kepala untuk dibuat jambatan.
 Masa itu memang Nenek percaya dan takut benar sebab ramai orang cakap, kalau hendak  buat jambatan, mesti ada ‘kepala’ orang.
 Ada juga cerita hantu raya, hantu kum-kum dan entah apa-apalah lagi.
 Pokoknya, semua cerita itu hanya Nenek dengar dari mulut ke mulut  hingga jadikan kami, terutama kanak-kanak, berasa sangat takut.
 Kini, timbul pula cerita ‘mak cik keropok’.
 Cucu-cucu Nenek ketakutan sampaikan pada Ahad lalu ketika Nenek  pulang dari pasar dan membawa dua beg plastik besar berwarna merah,  Nenek menghadapi masalah hendak masuk rumah sendiri.
 Tekan loceng, ketuk pintu berkali-kali sampai sakit tangan Nenek dan  beri salam, ketiga-tiga cucu Nenek tidak buka pintu. Ibu dan ayah mereka  tiada di rumah kerana pergi ke majlis jemputan kahwin.
 Geram betul rasanya. Nenek nampak jiran Nenek ada di rumah, dan Nenek minta tumpang telefon.
 Dah ditelefon, baru mereka buka pintu.
 Kenapa tidak buka pintu? Penat Nenek dari tadi, hampir 15 minit berdiri di luar tau,
 kata Nenek memarahi Adam yang membuka pintu itu.
 Tadi ibu dah pesan. Kata ibu, jangan buka pintu kalau ada  orang tua ketuk pintu. Takut pulak kalau-kalau yang ketuk tu ‘mak cik  keropok’. Dia bawa pontianak tau Nek,
 kata Adam.
 Nak ketawa ada, geram pun ada.
 Jadi, Adam ingat Nenek ni ‘mak cik keropok’ tu ke??
  Habis… Nenek pakai tudung hitam, bawa dua kampit merah  besar ni pulak… tentulah Adam ingat Nenek ni ‘mak cik keropok’. Lagipun,  masa Adam intai di lubang pintu, Nenek tengah tunduk. Adam tak nampak  muka Nenek. Seramlah Nek. Manalah tahu kalau-kalau memang ‘mak cik  keropok’ yang datang,
 katanya sambil tersenyum.
 Kakaknya, Lina, dan adiknya, Haziq, yang berdiri tidak jauh dari  kami, ketawa terbahak-bahak. Itu yang buat Nenek tambah geram sebab lama  dan penat menunggu di luar pintu.
 Hmm… begitulah gara-gara kisah ‘mak cik keropok’ itu.
 Nampaknya, kisah mengarut yang nyata direka-reka itu sudah menghantui ramai kanak-kanak termasuklah cucu-cucu Nenek itu.
 Nenek rasa ada baiknya jika kita bersikap lebih rasional. Jangan asal  dengar cerita orang, kita cepat percaya sedangkan semua itu gunakan  kekata “dia kata…”, “orang tua tu cerita…”, “kakak sepupu dia punya  kawan bilang…” dan macam-macam lagi. Entah ya entah tidak, kita pun  tidak tahu dan tidak pasti.
 Kita janganlah terlalu melayan cerita-cerita begitu. Kadang-kadang  cerita yang tidak betul, apabila sudah ramai memperkatakannya, jadi  ‘macam betul’.
 Hmm… bagi Nenek, kita semua perlu hati-hati, tidak kira siapa pun  yang mengetuk pintu… pastikan orangnya kita kenal betul, barulah buka  pintu. Kalau tidak kenal, jangan buka pintu… Bahaya… Manalah tahu…  mungkin PEROMPAK!
 ۞~♥ღ||Musleemah||ღ♥~۞ says: Teringat  dahulu sewaktu zaman sekolah menengah saya. Di mana terlintas sebuah  idea untuk menyakat kawan-kawan saya yang seringkali suka ‘merayap’  selepas pulang dari sekolah. Pada waktu itu mama saya tidak jemu duduk  bercerita dengan saya tentang kisah-kisah orang tua dulu-dulu.  Al-maklumlah zaman dahulu kala anak dara terpelihara. Saya begitu asyik  mendengarkan cerita tentang ada orang ingin penggal kepala anak-anak  muda atau anak-anak kecil untuk membina jambatan yang kukuh. Maka dengan  itu, idea untuk menjadi sahabat yang kreatif pun bermula dari kisah  itu. Saya menyebar luaskan kisah itu kepada kesemua sahabat-sahabat saya  yang saya kenali.
 Jika tidak silap saya, pada waktu itu negara Malaysia sedang hangat  ingin membina jambatan di Causeway dan sekarang jembatan itu tidak  dibina atas sebab-sebab yang munasabah.
 Saya pun berkata dengan sahabat-sahabat saya,
 Eh… aku dengar ada nenek yang pakai baju hitam dengan  make-up yang tebal nak culik budak-budak macam kite atau adik-adik kecik  untuk dipenggal kepale lurh… Katenyer nak dijadikan korban untuk  jambatan Causeway yang akan dibina di Malaysia. Petua untuk lagi kukuh  jembatan tu. Jin kat laut tu yang nak katenyer. Aku tak taulah sangat.  Tapi memang betul berlaku sekarang ni. Awak semua tak tau ker??
 Yang menjadi kehairanan saya, sahabat-sahabat saya yang kebanyakannya  ‘terror’ jadi percaya dengan gurauan saya itu. Sedangkan mereka itu  kebanyakannya memiliki identiti sebagai seorang perempuan tetapi  gelagatnya masyaALLAH, macam samseng. Dah itu, ada seorang sahabat saya  yang rajin belajar dan sukar untuk mempercayai cerita-cerita dongeng  boleh terjerumus oleh kata-kata saya yang tidak masuk akal (saya rasa).  Sehinggakan dia pulang ke rumah menaiki teksi yang ditemankan oleh  sahabat karibnya sendiri. Saya sangat terkejut kerana dia menangis tidak  henti-henti akibat terlalu takut kerananya. Lagi satu seorang sahabat  saya yang terkenal dengan sifat kenakalannya di sekolah dan luar sekolah  meminta izin saya untuk menumpang duduk di rumah saya selama beberapa  jam sahaja. Katanya rumah dia sedang sunyi dan ibunya berada di tempat  kerja. Apa yang buat saya pelik dan hairan sangat, kenapa si dia ni  takut? Walhal dia seorang perempuan yang aggressive kelakuannya  sepanjang di sekolah dan seringkali dimarahi oleh guru-guru di sana.  Dalam hati saya berbisik nakal,
 Tak sangka, berhasil juga idea kreatif aku ni… Hehe… Tak  perlulah nak merayap ke mana-mana lagi selepas sekolah kan? Selamat aku  dibuatnyer. Hehe
 Namun begitu, saya rasa tidak senang duduk. Yerlah, kisah dongeng  tidak akan boleh berpanjangan bukan? Lalu keesokan harinya saya meminta  maaf dengan sahabat-sahabat saya semua atas keterlanjuran gurauan saya  itu. Apa lagi, mereka semua kejar saya untuk mencubit pipi saya!!!  Memang saya ni kuat bergurau di sekolah tetapi pada waktu itu, kisah  dongeng tu cuma saya sampaikan kepada sahabat perempuan saya.  Agak-agaknya kalau saya sampaikan kepada sahabat lelaki saya, mereka  percaya ke tidak? Jangan mereka nangis sama sudahlah. 
 
 Oh ya, saya ingat lagi satu kisah yang diceritakan oleh mama saya  yang sangat menarik perhatian saya. Di mana ada seorang lelaki yang  mengamalkan ilmu songsang yang akan menjelma seperti kepala anjing  (badan manusia) pada setiap hari malam. Dia memerlukan 40 anak gadis  perawan untuk memulihkan dirinya kepada sedia kala. Orang kampung dulu  sebarkan kepada seluruh anak gadis kampung di situ bahawa dia sudah pun  mendapatkan 39 anak gadis perawan. Bermakna tinggal lagi satu sahaja  anak gadis perawan yang akan jadi mangsa si dia. Apa lagi, mama ku pun  dalam ketakutan. Dia sering pergi mengaji pada malam hari. Dan pada  waktu itulah tiada satu anak gadis yang berani keluar rumah. Ada yang  sudah bekerja dan meminta izin ibu atau bapa mereka untuk menemani  mereka. Cerita mama yang dia ditemani oleh atok pada ketika itu  sekiranya dia ke tempat pengajian pada malam hari.
 Kalau difikir-difikirkan memang ada kebaikannya agar anak gadis tidak  akan keluar pada malam hari sesuka hati mereka. Tetapi kisah kepala  anjing dengan penakapan 39 anak gadis perawan amat lucu sangat. Ini  kerana kalau anak remaja kini ingin diceritakan hal sedemikian rupa  pasti mereka sukar untuk percaya. 39 sudah ditangkap, lagi satu tu hanya  ingin menakut-nakutkan agar mereka tidak keluar malam. Kerana takut  jika salah satu daripada mereka akan ditangkap. Namun begitu, anak gadis  perawan dahulu sangat taat kepada ibu dan bapa mereka. Apa yang  diperintah pasti dituruti tanpa mengeluh. Walaupun mereka memiliki  segulung ijazah yang membanggakan. Rasa malu tetap lekat pada mereka.  Ada juga yang nakal kata mama, tetapi boleh dikira dengan jari.
 Urm… walaupun sukar dipercaya cerita dongeng ini, tetapi saya  berhasil membuat sahabat-sahabat saya percaya dan takut sehingga  menangis! Apakah mungkin, harus dimulakan kembali cerita dongeng hot ini  agar anak-anak gadis kita tidak mudah merayap kemana-mana sesuka hati  mereka?? Seperti kisah Nenek Keropok. Sehinggakan semalam ada remaja  yang sanggup forward SMS kepada rancangan ‘anugerah’ tentang keberadaan  Nenek Keropok di Pasir Ris pula. Percaya sungguh mereka akan kisah itu.  Nasib baik nenek keropok. Kalau atok keropok macam mana? Kasihan pula  pada nenek yang ikhlas menjual keropok. Mungkin mereka ikhlas mencari  rezeki. Apakah masih ada diantara kita yang sudi membuka pintu dan  membeli keropok-keropoknya? Wallahu ‘alam bisowob…
 P/s: tetapi kalau nenek sendiri yang datang, jangan difikirkan nenek  keropok tu pula. Kesihan nenek tersadai di depan pintu selama 15 minit. 
Maaf ini bukan cerita dari saya..Just nak share sahajerr  
Ringankan tangan ANDA untuk LIKE !