Pukul 15.30pm penuh dengan kesunyian & kekusyukkan.

Views
Detik pukul 15.30pm(jam di henset).
mata ase tak mengantuk,menghadap fb sangat membosankan melihat teman sedang
menyalak macam orang giler.HAHA.Aq xtaw nak buat ape nak kacau kawan aq ni
kang tak pasal menjerit macam di PERKOSA ! (gurau jerk.he.he.he). Sambil
terpandang novel di atas meja penuh dengan barangan berselerak.Adeii, malas tol
nk kemas.huhu, lalu mencapai dengan selamba kawan aq berkata kata xminat novel
ape mimpi kau tiba tiba nak baca.Aq jawab secara riak alaa,bosan xtaw nak wat pe
sje nak belet belet tak best letak balik,huhu.Sambil terhayal baca syok jugak,
ala ala romantis gitu.Menyentuh aty kuh.Pelik la npe tiba tiba aq teruskan membaca,
arghh lantaklah bukan selalu baru first time pegang! Perghh, selama ni aq tengok
sekali imbas jer novel novel ni sebab terLALU long story smpai aq ngantuk kalau bab
membaca ni kalau bab sing song laju jer tak payah ajak tengok tengok tertera depan
kaca tv.Fuhh, dasyat minah nie !Well u not me,ade mak kesah ke?? eiukhh PERASAN
suda minah ni.Ok fullstopp!!!!!!!! Sampai tak perasan matahari da lama terbenam menjadi malam aq dengan kusyuk membaca nasib la de someone sms.(isyarat lagu kisah dongeng dimainkan) Fuhh,terlalai seketika melihat jam menunjukkan 8.15pm.Terkejut beruk!
Aduhaii,lama betul aq menghayati kisah novel ni.Memang terbaeklah MISSEYNA HANAKO!! ahakss, pecah rekod lah aq membaca novel ni sampai abis.Mengambil masa dua ari untuk aq menFINISH kan. sekejap tak.Sebab dalam novel ni penuh dengan babak lucu,romantis,kasih sayang,suka duka,dendam n everything sampai tak tahu nak kata apa.Macam aq plak dalam dunia novel ni.Uishhh! stop feeling.Alaa, korang baca sendiri oke!Best n terbaekk bagi aq la
Time ni jer aq baca past ni xdela sampai kemaruk nak baca.HAHA.(gelak sampai terkentut) pengOTOR.opsss! sory.Ok la babe ase nya mlas nak tulis panjang panjang setakat ni sahajer
mampu ku tulis.Saja nak kongsi at korang.Lupa nak gtaw novel pe yek aq baca tak abis abis dengan cerita tapi tak tahu novel ape aq ajukan at kowang.Ok sy akan search at google.
jeng jeng jeng..Saksikan! ape ingat ni persembahan tarian boria ke!

Sinopsis di sebalik novel tersebut.

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh TengkuSyahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaituhak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telahmungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapatmengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.


Ringankan tangan ANDA untuk LIKE !



No comments: